Friday, February 15, 2008

Taktik lama

Aksi refleks yang biasa dilakukan oleh pelajar bila pensyarah/cikgu bertanya soalan:

1. Menundukkan kepala sambil melihat kepada nota atau buku.
2. Menulis sesuatu atau menggaris perkataan atau ayat.
3. Berbincang sesuatu dengan rakan sebelah tetapi mengelak daripada bertentang mata dengan
pensyarah/cikgu.
4. Menundukkan kepala sambil memegang dahi.

"Kamu nampak sangat intelligent, pemalu dan warak setiap kali saya bertanya", kataku kepada sekumpulan pelajar yang baru sahaja diajukan soalan. Beberapa orang yang memahami sindiranku memandang aku dan tersenyum tetapi cepat-cepat tunduk semula.

"Saya suka pilih orang yang tunduk kepala untuk jawab". Semua pelajar tertawa dan mengangkat kepala.

Di tempat duduk mereka aku nampak diriku semasa masih belajar dahulu.

9 comments:

~anis~ said...

isk...mcm kelas kami jerrr...

~mOre^yUm~ said...

amboi..suatu taktik yg mmg sering dipraktikkan..mcm tau2 je..terasa la plak cik..hihi..jgn buat slalu tau..

~me~ said...

haa,,,mcm besa buat ja...
actually kan sir sume ini bukan taktik tapi 'habit..
yang akan diturunkan macam SAKA..
im sure sir pun penah alaminya kan..hehe..

hajikadukmatblues said...

Anis,
Bukan berlaku di kelas awak sahaja.

More Yum,
Kadang-kadang terasa macam saya ada aura bila bertanya soalan.

Diana,
Jangan 'turunkan' pada anak-anak awak nanti ya!

yang wawan said...

actually kan sir...they and me can't speak english better so then all of us are too shy to answer...but for me..if me got confident to ask smething me never care about my poor word or sentnce.knwledge comes 1st then my shy..huhuhu

geli mat said...

aiya dayang not me la....I, I, I...lor
aiseymen MR azmi...like father like son aa, who's to blame?
like nabil sez...korang ade otak, haa pikir la sndiri....

MoDeraToR said...

i always used the no1,2,3 & 4...hehehe..bukan ape, kje x buat, sifat pemalu yang menebal, x tau nak jawab pe dan x nak memalukan orang yang bernama azmi

~ pa^an ~ ^_^ said...

en.harun afro smmgnya begitu..tiada inisiatif utk brjaya..cewah!! apa punca plajar2 buat begitu?? diorang takut mmberikn pendapat yg bernas krn takut kwn2 dia nnt akn lantik dia jd ktua klas pd sem akn dtg (ada ciri2 prwakilan)...huhuhu...

bdk_kg said...

huhhuhu>>>
taktik 2 adlah skill trun tmurun
huhhahaha..
tradsi zamn berzaman..
bla dpt dikekang tradsi 2???