Tuesday, February 26, 2008

Kopi Jantan

Selepas satu program khidmat masyarakat di sebuah sekolah menengah baru-baru ini, setiap fasilitator diberikan oleh pihak sekolah berkenaan, sebuah beg berisi beberapa cenderamata. Antaranya sebuah jam meja, beberapa bungkus makanan ringan tradisional dan sebungkus kopi cap televisyen.

"Terimakasih kepada semua yang terlibat", tulis Yana, ketua program berkenaan, dalam e-mel.

"Siapa dah rasa kopi tu?", balasan e-mel dari Neni. "I cadang lain kali kita buat program di mana-mana sekolah berhampiran stesen keretapi Kluang. Nanti dapat hadiah kopi cap Kluang Station", selorohnya.

"Kita buat program di sekolah berhampiran kilang kopi Jantan. Nanti semua nak pergi. Yang dah pencen pun nak ikut sama", balasku.

1 comment:

Noryani Neni Ahmad Jamain said...

last week, 6pm monday aku bersama suami ke kluang station kononnya nak merasa keenakan kopi kluang station tapi hampa dah tutup lah pulak....